- MANUSIA : mempunyai/menunjukkan kualiti secara sendiri sebagai manusia ; sebagai seseorang ; tidak bersifat ketuhanan, bukan haiwan atau benda.
- AGAMA : sistem kepercayaan dan penyembahan ; penghargaan MANUSIA kepada tuhan.
Daripada terjemahan tu sangat jelas la MANUSIA BUKAN TUHAN. Manusia tak berhak menjadi (seakan-seakan) Tuhan. AGAMA la medium terpenting untuk kita kenal Tuhan. Tak payah la nak bangga kalau tak percaya agama mahupun Tuhan.
Genius Yahudi, Albert Einstein pun penah kata ; AGAMA TANPA ILMU = KOSONG, ILMU TANPA AGAMA = KOSONG. Sapa la pulak kita ni nak deny kata-kata dari dia, ahahahaha. Aku bukan nak agung2kan si Yahudi ni, tp kena tengok dari sudut positif la kan, tak kisah la agama apa pun.
Aku terfikir nak tulis ni lepas aku dengar bunyi yang lebih kurang cam ni ; " diorang sembah patung, sembah api dsb, kita ni kenapa sembah sejadah?" Budak lagi kot yang keluarkan kata2 ni, mungkin sebab dia budak la kot dia kata camni, ahahahaha.
Aku tak cukup pandai la nak ajar orang pasal agama ni, tapi tolong la jangan nafikan kewujudan Dia. Memang kita tak nampak, tapi Dia ada. Aku bukan nak suruh orang lain sembahyang, pegi haji dsb. Sekadar nak aku dan orang-orang lain tak menafikan kewujudan Tuhan, tu saja. :)
- Jahat mana pun kita jangan la nafikan kewujudan Tuhan.
- Kaya mana pun kita jangan la nafikan kewujudan Tuhan.
- Pandai mana pun kita jangan la nafikan kewujudan Tuhan.
- Sapa pun kita jangan la nafikan kewujudan Tuhan. :)
-azzam
0 comments:
Post a Comment